Kaedah pengiraan zakat Zakat_perniagaan

Terdapat dua kedah pengiraan zakat perniagaan:[1]

1. Kaedah Model Berkembang (Growth Model)

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan. Harta yang dikenakan zakat = Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan

2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan. Harta yang dikenakan zakat = Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan
  • Nota: Pelarasan ialah seperti barang-barang yang tidak diwajibkan zakat, barang bukan milik sempurna, wang yang dipinjamkan dan sebagainya.